LATAR BELAKANG SYARIKAT
Friday, January 21, 2011
Sejarah Penubuhan
SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT
ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD.
Syarikat ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD. atau AGSS telah ditubuhkan pada 31 Januari 1984 untuk menyertai industri kawalan keselamatan bukan sebagai pesaing tetapi sebagai alternatif kepada pelanggan. ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD. akan beroperasi sebagai sebuah syarikat yang akan membawa aliran perubahan dalam aspek perkhidmatan kawalan keselamatan di Malaysia.
Syarikat dibentuk bagi mengurus, merancang, memberi perkhidmatan dan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan dasar perkhidmatan pengurusan sumber manusia. Organisasi syarikat diasaskan kepada konsep dan organisasi pengurusan perniagaan serta pentadbiran anggota yang terdapat dalam Syarikat ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD. Pengarah-pengarah yang ada di bawah naungannya telah disatukan dan diletakkan di bawah pengendalian seorang pengerusi.
Subscribe to:
Posts (Atom)