Friday, January 21, 2011

Sejarah Penubuhan


SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT
ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD.


Syarikat ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD. atau AGSS telah ditubuhkan pada 31 Januari 1984 untuk menyertai industri kawalan keselamatan bukan sebagai pesaing tetapi sebagai alternatif kepada pelanggan. ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD.  akan beroperasi sebagai sebuah syarikat yang akan membawa aliran perubahan dalam aspek perkhidmatan kawalan keselamatan di Malaysia.

Syarikat dibentuk bagi mengurus, merancang, memberi perkhidmatan dan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan dasar perkhidmatan pengurusan sumber manusia. Organisasi syarikat diasaskan kepada konsep dan organisasi pengurusan perniagaan serta pentadbiran anggota yang terdapat dalam Syarikat ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD. Pengarah-pengarah yang ada  di bawah naungannya telah disatukan dan diletakkan di bawah pengendalian seorang pengerusi.

Syarikat bersedia menghadapi pesaing-pesaing dari syarikat-syarikat yang sedia ada dengan cara memperkenalkan dan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang lebih releven dengan keperluan semasa dan mesra pelanggan. Kualiti perkhidmatan akan dititikberatkan. Kaedah penilaian prestasi perkhidmatan akan diperkenalkan untuk menilai tahap perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

Bersesuaian dengan pembangunan pesat di negara ini dan permintaan yang meluas dari syarikat-syarikat untuk melindungi harta benda mereka daripada ditimpa bencana, kami berpendapat syarikat kawalan keselamatan yang berwibawa adalah penting dalam menjamin keselamatan seiring dengan pembangunan negara.

Syarikat ANIRASS GAYA SECURITY SERVICES SDN. BHD adalah 100% bumiputera, yang memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan yang unggul dan terbaik sejajar dengan dasar pembangunan negara dalam mencapai matlamat gagasan 1 Malaysia.

OBJEKTIF PENUBUHAN


SLOGAN

Komited - Progresif - Profesional

MOTO

Perkhidmatan Didahulukan, Kepuasan Pelanggan Diutamakan

VISI

Beriltizam menjadi model dan peneraju pembekal perkhidmatan kawalan keselamatan yang berwibawa selaku elemen syarikat kawalan keselamatan. Bertekad untuk membawa perubahan kepada industri, melalui penawaran perkhidmatan dan nilai tambah (value added) yang kreatif, inovatif dan proaktif untuk mencapai tahap yang terbaik.

MISI

Misi AGSS adalah untuk menjadi pembekal perkhidmatan kawalan keselamatan yang  berwibawa serta (value for money) bagi membentuk,  mengurus, menyediakan pengurusan, memberi khidmat sumber manusia, komited, professional dalam perlaksanaan tugas dan berdaya saing serta berkualiti.

OBJEKTIF UMUM

O    Menguruskan aspek perkhidmatan am.

O    Mewujud dan menyediakan skim serta syarat-syarat perkhidmatan yang menarik dan menguruskan urusan pemilihan pekerja supaya berdaya saing.

O    Menyediakan sistem pengurusan rekod dan faedah pembayaran, pengauditan dan perakaunan gaji dan elaun pekerja dengan cekap, tepat dan berkesan.

O    Menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan kepada pekerja.

O    Menguatkuasa dan menyelaras serta memberi khidmat nasihat kepada pelanggan berkaitan aspek pencegahan dan pengawasan.

O    Melahirkan warga syarikat yang berdisplin, beramal dan bertakwa ke arah memperkukuhkan kerohanian dan kekuatan diri.

O    Mengeratkan dan memelihara hubungan dan kerjasama yang berkesan dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang awam seperti KDN, PDRM, Kastam, Bomba dan lain-lain.

O    Mencapai mutu yang tinggi tentang kaedah-kaedah menguatkuasa undang-undang, perintah dan peraturan dalam syarikat.

O    Menyediakan penggubalan dasar, peraturan dan perkara-perkara berkaitan tatatertib.

O    Pengawasan dan khidmat nasihat terhadap pengendalian harta pelanggan dan pencegahan jenayah.

OBJEKTIF OPERASI

Ä    Menjadikan syarikat AGSS lebih profesional, terkini dan global melalui pengstrukturan organisasi serta perancangan yang mantap dan bersistematik.

Ä    Membina sumber manusia yang profesional, progresif, komprehensif, berketerampilan dan kredibal.

Ä    Memberi pengetahuan, kefahaman, bimbingan dan kesedaran ke arah penghayatan terhadap diri, tugas dan lain-lain tanggungjawab.

Ä    Mempertingkatkan keupayaan syarikat melalui perolehan dan pengurusan anggota, tatacara dan logistik serta pembangunan infrastruktur dengan lebih efektif dan efisyen.

Ä    Mentadbir, mengurus dan menjaga harta pelanggan serta hal ehwal kebajikan pekerja.









No comments:

Post a Comment